Wednesday, 1 June 2011

Siapa MANIRA?

01.06.2011 (RABU)

deriamanira.blogspot.com. Sudah pasti ramai akan tertanya-tanya dalam hati, kenapa DERIA MANIRA? SIAPA DERIA MANIRA? sudah pasti persoalan sedemikian timbul didalam benak. Bagi menjawab persoalan tersebut, marilah saya merungkai serba sedikit tentang diri saya.

Sudah pasti diawal pengenalan, saya telah pun menceritakan serba sedikit sejarah susur galur minat saya dalam bidang penulisan kreatif ini. Tidaklah saya mengatakan diri ini hebat, tidaklah diri ini sehebat nama besar seperti A. Samad Said, Munshi Abdullah, Lim Swee Tin dan ramai lagi.

Titik permulaan ada dimana-mana sahaja asal saja kita mahu jadikan sesuatu destinasi itu sebagai permulaan. Bagi merealisasikan minat yang telah lama terpendam, saya memulakan secara serius pada tahun 2011 ini.

Saya akan menerangkan mengenai DERIA MANIRA. Saya mengambil DERIA sebagai nama pangkal blog ini adalah, setiap hasil penulisan atau kreativiti lahir dari deria yang dianugerahkan Tuhan. Misalnya, deria sentuh, deria rasa, deria hidu, deria bau dan sebagainya. Segala deria memainkan peranan serta tahap penyumbang besar kepada penulisan.

Manakala MANIRA adalah diambil dari bahasa sastera lama iaitu kata ganti nama AKU / KITA. Ini adalah kerana, DERIA MANIRA adalah DERIA AKU / KITA. Penghasilan karya adalah aku / kita. Jadi menepatilah kiranya DERIA MANIRA disatukan untuk menjadikan karya itu sehebat namanya. DERIA KITA adalah perjuangan kita.

Kita merancang penulisan, kita merencana perjalanan pena, kita menulis atas dasar keikhlasan hati. Jadi, apabila akal berfikir, hati mula berdetik, pena mula menari, maka kanvas luas terbentang dijadikan medan luahan jiwa.

Tersingkaplah jua persoalan DERIA MANIRA. Tidak ada kene mengena dengan nama siapa sahaja. Maka DERIA MANIRA itu adalah DERIA AKU / KITA. Terjawab sudah. ^^,

1 comment: